WE ARE ONE BIG FAMILY.

WAHAI RABB YANG MAHA HIDUP, WAHAI RABB YANG BERDIRI SENDIRI TANPA PERTOLONGAN SEGALA SESUATU, DENGAN RAHMATMU AKU MINTA PERTOLONGAN, PERBAIKILAH SEGALA URUSANKU.

BERTAMBAH LAGI JUMLAH MINGGU KITA BER PKP. SEMOGA SEMUA TABAH DAN SABAR YA. PARA IBUBAPA DAN PENJAGA YANG SUDAH TERBIASA SIBUK DI AWAL PAGI DENGAN URUSAN PERSIAPAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH DAN JUGA URUSAN KERJA MASING-MASING, PASTI TERASA KELAINAN JADUAL HARIAN KAN? KAMI JUGA SAMA, YANG SUDAH TERBIASA DI AWAL PAGI MENDENGAR RIUH RENDAH SUARA ANAK-ANAK MURID TURUN DARI VAN DENGAN PELBAGAI CERITA YANG HENDAK MEREKA SAMPAIKAN, SAPAAN IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK KE TADIKA, DAN PASTINYA SANGAT RINDUKAN SUASANA BERSAMA-SAMA MURID DI DALAM KELAS.

UNTUK BACAAN YANG SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO, SILA KLIK DI SINI

MORE

JAUH TAPI DEKAT DI HATI

“TIDAK ADA DAYA KEKUATAN, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.”

MINGGU INI ADALAH FASA KE DUA PKP DIJALANKAN DI SELURUH NEGARA. ANAK-ANAK YANG PADA MULANYA SERONOK KERANA CUTI SEKOLAH YANG LAMA, SUDAH MULA BERBUNYI KEBOSANAN. DITAMBAH PULA DENGAN ARAHAN KERAJAAN SUPAYA SEMUA #STAYATHOME MENYEBABKAN KEADAAN MENJADI SEMAKIN MEMBOSANKAN BAGI ANAK-ANAK YANG SUDAH TERBIASA KELUAR BERMAIN DI PETANG HARI. ADA JUGA YANG MULA BERTANYA BILA SEKOLAH AKAN BERMULA, RINDU KAWAN-KAWAN, GURU-GURU, DAN PAKCIK MAKCIK VAN TADIKA. SEJUJURNYA, KAMI JUGA RINDU DAN TIDAK PASTI BILAKAH KEADAAN AKAN KEMBALI SEPERTI BIASA.

INISIATIF YANG KAMI AMBIL ADALAH DENGAN MENGADAKAN PENGAMBILAN REKOD BACAAN SECARA ONLINE DAN JUGA MEMBEKALKAN PARA IBUBAPA DENGAN LEMBARAN-LEMBARAN KERJA AGAR MURID-MURID KAMI DAPAT BELAJAR DAN MEMBUAT ULANGKAJI. MAAF, BUAT MASA INI HANYA INILAH SAHAJA CARA YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN SESI PEMBELAJARAN TETAP BERLANGSUNG WALAUPUN MURID-MURID TIDAK DAPAT HADIR KE TADIKA.

KAMI FAHAM PERKARA INI TIDAK MUDAH. MASALAH COVERAGE, MASALAH KEKANGAN MASA, MASALAH TIDAK MEMBAWA BUKU BACAAN APABILA PULANG KE KAMPUNG DAN BERMACAM LAGI JENIS MASALAH YANG TIMBUL. KITA SEMUA HARUS FAHAM, TIADA SEORANG PUN DI ANTARA KITA YANG MENJANGKAKAN PERKARA SEBEGINI AKAN TERJADI. TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN BAGI IBUBAPA DAN PENJAGA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN  DAN KERJASAMA YANG BAIK, PERKARA INI KAMI AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA. TOGETHER WE ARE STRONGER, RIGHT? INSYAALLAH.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

LAWATAN K2 KE SINARAN AGROFARM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH LAGI BERI PELUANG KITA UNTUK BERNAFAS DAN MENIKMATI SEHARI LAGI DARI KEHIDUPAN INI SAMA ADA BERSAMA ORANG YANG TERSAYANG ATAUPUN BERJAUHAN. YANG PENTING KITA SAMA-SAMA MENSYUKURI NIKMAT YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA KITA. UJIAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KALI INI AMAT BESAR DAN MENCABAR KEIMANAN DAN KETAKWAAN KITA UMAT-UMATNYA. SEMOGA KITA SAMA-SAMA SENTIASA BERSANGKA BAIK DAN TERUS MEMPERBAIKI AMAL IBADAH KEPADANYA. MAAF KERANA AGAK LAMA TIDAK UPDATE DI BLOG. DI SINI SAYA INGIN KONGSIKAN AKTIVITI TERAKHIR MURID-MURID BERSAMA – SAMA DENGAN PARA GURU SEBELUM PKP DILAKSANAKAN; LAWATAN MURID-MURID K2 KE SINARAN AGROFARM.

SEAWAL PAGI MURID-MURID SUDAH MULA BERKUMPUL DI TADIKA MASING-MASING. SEMUA YANG TERLIBAT TERUJA DENGAN LAWATAN YANG BAKAL MEREKA LALUI SEBENTAR NANTI DITAMBAH PULA DENGAN PENGALAMAN MENAIKI BAS BERSAMA RAKAN-RAKAN DAN GURU-GURU. JUMLAH BAS YANG DIGUNAKAN UNTUK LAWATAN ADALAH 6 BUAH KESEMUANYA. BAS 1 ADALAH UNTUK PESERTA LAWATAN TPB TAMAN MAWAR, BAS 2 ADALAH PESERTA LAWATAN TIPB DAN PIHAK PENGURUSAN, BAS 3 BAGI TS1 DAN SEBAHAGIAN TMPB, BAS 4 UNTUK PESERTA TS2 DAN SEBAHAGIAN TMPB, BAS 5 BAGI TIB DAN TIMB DAN AKHIR SEKALI BAS 6 UNTUK TNPB DAN JUGA TKM.  SEPERTI YANG DIJADUALKAN, MEREKA MEMULAKAN PERJALANAN KE TAPAK LAWATAN PADA PUKUL 7.30 PAGI.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

EH, AIR BOLEH BERJALANLAH!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

“PERCAYA TAK KALAU CIKGU CAKAP AIR BOLEH BERJALAN?” SOALAN YANG MEMBUATKAN KELAS YANG TADINYA AGAK BISING DENGAN SUARA ANAK-ANAK BERBUAL DAN BERGURAU, TERDIAM SEKETIKA.

“MANA BOLEH CIKGU, AIR MANA ADA KAKI!” JAWAB SEORANG MURID.

“HA’AH!” YANG LAIN TURUT MENYOKONG JAWAPAN RAKAN SEKELASNYA.

“O..K.. NANTI KITA SAMA-SAMA BUAT MAGIK EH.. KITA BUAT AIR BERJALAN, ESOK SEMUA KENA DATANG SEKOLAH TAU,” PESAN GURU KELAS SEBELUM SESI P&P HARI ITU BERAKHIR.

RASANYA SEMANGAT KE TIDAK ANAK-ANAK NAK KE TADIKA ESOKNYA? MESTILAH BERSEMANGAT KAN? TAK SABAR NAK TENGOK MAGIK YANG BAKAL MEREKA LAKUKAN BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN SEKELAS.

ADA JUGA PARA IBU BAPA LAMA KAMI YANG BERTANYA,

“EH.. MASA ABANG DAN KAKAK DIA DULU TAKDE PUN AKTIVITI MACAM NI?”

 

UNTUK BACAAN LANJUT, SILA KLIK DI SINI

MORE

JOM LOMPAT KOLAM!

MAKA BERMULALAH SALAH SATU AKTIVITI YANG MENYEBABKAN ANAK-ANAK TAK SABAR MENANTI HARI SIANG. AKTIVITI YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH MAJORITI MURID-MURID DI MYBISTARI GROUP. AKTIVITI YANG MEMBUAT PARA IBU BAPA JUGA SEBELUM INI GUNAKAN SEBAGAI UMPAN UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH. AKTIVITI YANG MEMENATKAN TETAPI SERONOK BAGI PARA GURU DEK KERANA GELAGAT ANAK-ANAK MURID DI DALAM KOLAM. AKTIVITI RENANG.

“BETUL KE CIKGU ADA AJAR BERENANG NANTI DI TADIKA?”

“CIKGU NANTI AKAN PAKAI BAJU SWIMMING JUGA KE MASA LATIH ANAK-ANAK BERENANG?”

“SINI TIADA KOLAM, BERENANG KAT MANA CIKGU?”

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

SENYUM JANGAN TAK SENYUM!

ALHAMDULILLAH, SELESAI JUGA TUGASAN MENGAMBIL GAMBAR DI SEMUA CAWANGAN MYBISTARI GROUP. PELBAGAI KERENAH YANG DILALUI SEPANJANG PROSES FOTOGRAFI KALI INI. PALING SERONOK SETIAP KALI MENJEJAKKAN KAKI KE TADIKA-TADIKA INI, SOALAN PERTAMA YANG AKAN KELUAR DARI MULUT MURID-MURID ADALAH,

“CIKGU BARU EH TU? ADA CIKGU BARULAH!”

MAKANYA, JADILAH SAYA CIKGU BARU SELAMA 2 MINGGU YANG LEPAS.

ADA JUGA MURID YANG BERANI BERTANYA KETIKA SAYA SEDANG MENYIAPKAN KELENGKAPAN UNTUK SESI FOTOGRAFI.

“NAMA CIKGU APA EH? LEPAS AMBIL GAMBAR NI CIKGU NAK AJAR APA EH?”

SAPAAN DAN GELAGAT MEREKA YANG SEBEGINILAH MEMBUATKAN RASA PENAT HILANG. BELUM LAGI DENGAN PELBAGAI AKSI YANG MEREKA PAMERKAN KETIKA SESI FOTOGRAFI. KADANGKALA SAMPAI GURU-GURU MEREKA PUN NAIK SEGAN MELIHAT GELAGAT MEREKA YANG TAK TAHU DUDUK DIAM UNTUK BERGAMBAR. DI TAMBAH PULA DENGAN ADEGAN BERLARI BERKEJARAN UNTUK MEMUJUK ANAK-ANAK INI BERGAMBAR. UNTUK MENDAPATKAN SEKEPING GAMBAR KELAS YANG HAMPIR SEMPURNA MEMERLUKAN LEBIH DARI DUA SHOT, HINGGAKAN SAYA TERPAKSA ‘SKIP’ UNTUK MENGHITUNG SAMPAI 3, KERANA MURID-MURID INI LEBIH PANTAS DAN BERSEDIA DARI BUTANG RAKAMAN DI KAMERA, CEPAT SAHAJA AKSI-AKSI DILAKUKAN APABILA 3 DISEBUT.

 

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

JOM LATIH SENYUM DEPAN KAMERA!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

KITA SUDAHPUN BERADA DI MINGGU KEDUA SESI PERSEKOLAHAN 2020 DI SEMUA TADIKA MYBISTARI GROUP. SETAKAT DUA MINGGU INI JUGA BERMACAM CERITA SUKA, DUKA, GEMBIRA DAN LUCU YANG DIKONGSIKAN OLEH PARA GURU DAN IBU BAPA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI CERITA SAMA ADA DI WHATSAPP GROUP DAN JUGA DI MEDIA SOSIAL. DIHARAP PARA IBU BAPA YANG BARU MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK TELAHPUN MULA MENDAPAT RENTAK PERJALANAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK. MINGGU INI JUGA, SILIBUS MULA DIJALANKAN. INI BERMAKNA, MURID-MURID AKAN MULA DIBERI ‘HOMEWORK’ DAN JUGA AKAN DIREKODKAN PRESTASI BACAANNYA. JANGAN PENING YA, IBU.. AYAH.. KITA NIKMATI PERKEMBANGAN AWAL ANAK-ANAK INI BERSAMA-SAMA.

UNTUK BACAAN LANJUT, SILA KLIK DI SINI 

MORE

Page 2 of 5