PERMULAAN NORMA BARU K2

MASIH TERFIKIR-FIKIR LAGI, MACAMANA NAK MULAKAN CERITA KALI INI. BERMACAM RASA ADA SEMENJAK BERITA BERKENAAN PERMULAAN SEKOLAH SEMULA DIUMUMKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN. DARI AWAL BILA DESAS DESUS PERMULAAN SEKOLAH SEMULA (APABILA PELAJAR SPM DAN STPM SUDAH MEMULAKAN PERSEKOLAHAN), KAMI SUDAH DIASAK DENGAN PELBAGAI PERSOALAN DAN PERMINTAAN UNTUK PENJELASAN BERKENAAN DENGANNYA. BETUL, IBUBAPA MANA YANG TAK RISAU BILA ANAK-ANAK KECIL YANG SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN LEBIH PERHATIAN INI YANG AKAN DIMINTA UNTUK MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN DAHULU BERBANDING DENGAN KAKAK DAN ABANG DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG LAINNYA. TETAPI MAAF, KETIKA ITU JUGA KAMI TIDAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN YANG TEPAT KERANA KAMI JUGA MENANTI MAKLUMAN DARI PIHAK YANG TERBABIT.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO, SILA KLIK DI SINI

MORE

DRIVE THRU MCBISTARI

#KITAJAGAKITA . TAGLINE INI BENAR-BENAR PERLU DILAKSANAKAN SEBAIKNYA SELEPAS MENDAPAT PERUTUSAN YANG SAHIH DARI PIHAK KPM BAHAWA PRA SEKOLAH DAN TADIKA BAKAL DIBUKA PADA 1HB JULAI 2020. DALAM PADA ITU JUGA KAMI TELAHPUN MEMBUAT SESI PENGAMBILAN BUKU UNTUK SEMESTER 2 DI TADIKA-TADIKA KAMI. DEMI UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN JUGA MEMUDAHKAN PIHAK IBUBAPA DAN PENJAGA, KAMI TELAH MENGADAKAN PROSES PENGAMBILAN BUKU SECARA ‘DRIVE THROUGH’.

JIKA SEBELUM INI, PIHAK IBUBAPA ATAU PENJAGA YANG HADIR PERLU MASUK KE DALAM TADIKA UNTUK MENGAMBIL BUKU DAN BERURUSAN DENGAN GURU-GURU KAMI, SEKARANG INI HANYA PERLU TUNGGU DI DALAM KERETA ATAU MOTOR SAHAJA UNTUK URUSAN PENGAMBILAN BUKU. TETAPI BAGI IBUBAPA YANG TETAP MAHU MASUK KE DALAM TADIKA UNTUK MENYELESAIKAN URUSAN, TETAP JUGA KAMI TERIMA.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO, SILA KLIK DI SINI

MORE

NORMA BARU SEMESTER 2 2020

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA KITA SEMUA SUDAH BOLEH MULA MENARIK NAFAS LEGA SEDIKIT. PENGUMUMAN DARI PERDANA MENTERI KITA BERKENAAN FASA COVID19 YANG SETERUSNYA BENAR-BENAR MEMBAWA SENYUMAN LEBAR DI BIBIR RAKYAT. TETAPI HARAPNYA KITA SEMUA TIDAKLAH TERLALU TERUJA DENGAN PENGUMUMAN DARI BELIAU SEHINGGA TERLUPA SEGALA SOP YANG TELAH DITETAPKAN, SILA JAGA JARAK DAN JAGA KESELAMATAN DIRI MASING-MASING, JANGAN AMBIL MUDAH DEK KERANA RASA SELESA. MUSIBAH INI MASIH BELUM BERAKHIR LAGI.

TETAPI BAGI KAMI, ADA YANG SUDAHPUN BERAKHIR. SEMESTER 1 BAGI SESI 2020 SUDAHPUN BERAKHIR. KINI KAMI SUDAHPUN MASUK KE SEMESTER 2 BAGI 2020. BERMACAM JUGA DUGAAN YANG KAMI HADAPI DALAM MENUJU SEMESTER KE 2 TAHUN INI. SAYANG, TETAPI KERANA SEBAB-SEBAB TERTENTU, KAMI TERPAKSA MEREHATKAN SEJUMLAH BESAR GURU-GURU KAMI YANG SELAMA INI SAMA-SAMA MEMBANTU MENAIKKAN MYBISTARI GROUP. BEGITU JUGA DENGAN BEBERAPA MURID YANG TELAHPUN MENGAKHIRI PERJALANAN MEREKA BERSAMA KAMI. SEMOGA SEMUANYA SENTIASA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN DIHARAP UKHWAH YANG SEDIA ADA TIDAK TERPUTUS BEGITU SAHAJA.

UNTUK BACAAN SETERUNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

JANGAN JADIKAN INI RAMADHAN TERAKHIR KAMI, YA ALLAH

TERASA TERLALU CEPAT BENAR RAMADHAN KALI INI BERLALU PERGI, SEDAR TAK SEDAR KITA SUDAHPUN BERADA DI HARI TERAKHIR BERPUASA. RAMADHAN YANG ‘LAIN MACAM’ BAGI KITA SEMUA. BANYAK PERKARA SEBENARNYA YANG BOLEH KITA SEMUA PELAJARI DAN FAHAMI UNTUK RAMADHAN KALI INI, ANTARANYA RAMAI DI ANTARA KITA YANG SEBELUM INI TIDAK PERNAH DAPAT MENGERJAKAN SOLAT TERAWIH BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA, KALI INI ALLAH BERI KESEMPATAN ITU, JIKA SEBELUM INI JARANG DUDUK BERTADARUS BERSAMA KELUARGA, KALI INI KITA DAPAT MELAKUKANNYA, DAN JUGA DAPUR JUGA MERIAH DEK KERANA MASING-MASING SIBUK MEMIKIRKAN DAN MENYIAPKAN JUADAH BERBUKA PUASA MEMANDANGKAN TIADA BAZAAR RAMADHAN. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MEMANFAATKAN RAMADHAN YANG BAKAL PERGI MENINGGALKAN KITA SEBENTAR SAHAJA LAGI.

BAGI KAMI DI MYBISTARI GROUP, JIKA SEBELUM INI SEMINGGU SEBELUM BERCUTI UNTUK SAMBUTAN HARI RAYA, PARA GURU AKAN SIBUK MENGHIAS KELAS DENGAN BANTUAN MURID-MURID. SAMBIL ITU SERONOK MENDENGAR CERITA ANAK-ANAK MURID BERKENAAN PERSIAPAN HARI RAYA MEREKA, KALI INI TIADA LAGI SUASANA SEPERTI ITU. SEMOGA KITA SEMUA DIBERI PELUANG LAGI UNTUK MERASAI NIKMAT BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK MURID KAMI YANG AMAT KAMI RINDUI.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

MOGA KEMENANGAN MILIK KITA

PKPB DILANJUTKAN LAGI SEHINGGA 9 JUN 2020. WAH… TERUS DISAMBUNG SEBULAN, TIADA LAGI DUA MINGGU SEPERTI YANG SEBELUM INI. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA SEMUA SEPANJANG PROSES PKPB INI BERLANGSUNG. APA YANG PENTING SEKARANG INI, PERLU YAKIN BAHAWA ALLAH SEDANG MENGUJI KESABARAN KITA SEMUA. INSYAALLAH ADA HIKMAHNYA DARI MUSIBAH YANG BERLAKU INI. HIDUP PERLU DITERUSKAN. BAK KATA PERDANA MENTERI KITA, BELAJAR UNTUK MEMBIASAKAN DIRI DENGAN NORMA YANG BARU.

BAGI KAMI, TENAGA KERJA DI MYBISTARI GROUP, BAIK PARA GURU ATAUPUN BAHAGIAN PENGURUSAN, FASA YANG SETERUSNYA JUGA SEDANG DILAKUKAN. ADA DI ANTARA KAMI YANG KEKAL BEKERJA DI RUMAH DAN ADA JUGA YANG DIPANGGIL MASUK BEKERJA DI PEJABAT DAN TADIKA. KAMI YANG BEKERJA DI PEJABAT SUDAH TERBIASA DENGAN SUASANA SUNYI TANPA ANAK-ANAK MURID, TETAPI BAGI PARA GURU YANG HADIR KE TADIKA, PASTINYA AKAN TERASA SAYU. JIKA SEBELUM INI MERIAH DENGAN SUARA ANAK-ANAK MURID DAN JUGA SUARA RAKAN SEKERJA YANG SEDANG MENJALANKAN SESI P&P, KINI SUNYI.

SESI P&P JUGA KAMI TERUSKAN SEPERTI YANG SEDIA ADA SEKARANG INI, SECARA ONLINE. SILIBUS JUGA TELAH MULA BERJALAN DARI BULAN YANG TERDAHULU. PENGAMBILAN BACALAH MASIH DIAMBIL MENERUSI VIDEO CALL DAN BAGI EJAAN PULA KAMI DIBANTU OLEH PARA IBUBAPA DAN PENJAGA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI TERSEBUT. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN KEPADA PARA IBUBAPA DAN PENJAGA YANG TAK PUTUS-PUTUS MEMBANTU DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA KAMI.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

PERJALANAN KAMI TERUSKAN

MINGGU INI SUDAH MASUK MINGGU KEDUA KITA SEMUA BERPUASA. MACAM MANA IBU DAN AYAH, MELAYAN KERENAH ANAK-ANAK YANG SEDANG BELAJAR BERPUASA? SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN YA. GURU-GURU MYBISTARI GROUP PULA BAGAIMANA? OK TAK TU? DIBERI KESEMPATAN UNTUK ‘BEREHAT’ DARI MENGAJAR DI BULAN PUASA. TIADA LAGI  LELAH MENGEJAR DAN MENYUSUN ATUR KEADAAN KELAS, TIADA LAGI MENAHAN KERONCONG DI PERUT APABILA TIBA WAKTU REHAT, YA.. KETIKA BULAN PUASA INILAH BAU NUGGET IKAN YANG SUDAH SEJUK ITU PUN SANGAT SEDAP DAN MENYELERAKAN, APATAH LAGI ROTI COKLAT MIGHTY WHITE. BAGI GURU-GURU YANG PERNAH MENGALAMI SITUASI ITU, SILA SIMPAN KENANGAN ITU BAIK-BAIK DAN BERDOALAH SEMOGA ALLAH BERI KITA KESEMPATAN UNTUK MELALUINYA LAGI DI TAHUN AKAN DATANG.

PKP SUDAHPUN MASUK KE FASA YANG SETERUSNYA.SEPERTI BIASA, BILA MASUK KE FASA YANG SETERUSNYA, AKAN ADA BEBERAPA PERUBAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK KEBAIKAN RAKYAT JELATA..KAMI DI MYBISTARI GROUP JUGA PERLU BERGERAK KEHADAPAN DAN MELAKUKAN BEBERAPA PERUBAHAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO BERKENAAN RAMADHAN ANAK-ANAK BISTARI, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO BERKENAAN PENGAMBILAN EJAAN, SILA KLIK DI SINI

MORE

WE LOVE OUR TADIKA

SEPERTI YANG DIJANGKAKAN, ARAHAN PKP DITERUSKAN LAGI UNTUK FASA YANG KETIGA. ADA YANG MULA MENGELUH DAN RAMAI YANG SEBENARNYA TAK SENANG DUDUK. MANA TAKNYA, SUDAH SEBULAN DUDUK DI RUMAH HINGGAKAN ADA GURU KAMI YANG MENGADU SUDAH LUPA CARA UNTUK MEMANDU KERETA MANUAL.

SETIAP HARI BILA MASUK JAM 5 PETANG, HATI SENTIASA BERDEBAR-DEBAR MENANTI LINTAS LANGSUNG DARI DR NOORHISHAM ABDULLAH BERKENAAN INFO COVID-19, TAK KURANG JUGA DEBARNYA KETIKA TENGAHARI BILA WAJAH DATO’ SRI ISMAIL SABRI MUNCUL DI KACA TELEVISYEN. SEDIH DAN TERKILAN APABILA MENDAPAT TAHU BILANGAN YANG INGKAR KEPADA ARAHAN PKP SEMAKIN BERTAMBAH WALAUPUN JUMLAH MEREKA YANG DIJANGKITI SEMAKIN BERKURANGAN DAN YANG TELAH SEMBUH DARI COVID-19 SEMAKIN BERTAMBAH.

HANYA KERANA VIRUS INI TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR DAN KESANNYA TIDAK AKAN NAMPAK SEHINGGA 14 HARI, RAMAI YANG MERASAKAN PERKARA INI TIDAK SESERIUS YANG DIKHABARKAN. YANG PENTING IMUN BADAN KUAT DAN RAJIN-RAJIN AMBIL VITAMIN C, SATU PEMAHAMAN YANG SALAH. YA, MUNGKIN KITA ‘KEBAL’ DARI JANGKITAN VIRUS INI, TANPA KITA SEDAR SEBENARNYA KITA ADALAH EJEN YANG MENYEBARKANNYA KE ORANG SEKELILING DAN LEBIH MENAKUTKAN KE AHLI KELUARGA YANG SEBUMBUNG DENGAN KITA.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA DAN VIDEO BERKENAAN KEMPEN INI, SILA KLIK DI SINI 

MORE

Page 1 of 5