2018 SAMBUTAN HARI RAYA

  • PDF

SAMBUTAN HARI RAYA

“Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan amal dari kalian.”

Sedar tak sedar sudah seminggu kita menyambut Aidilfitri. Sekejap sahaja rasanya kita berpuasa. Alhamdulillah, kita semua dapat laluinya dengan tenang dan Insyallah dalam keberkatan. Bila ditanya kepada guru-guru, bagaimana keadaan murid-murid menjalani ibadah puasa tahun ini? Rata-rata memberitahu kebanyakan anak murid semakin matang dari tahun ke setahun.  Untuk beberapa hari sahaja mereka perlu diingatkan tentang apa yang perlu dilakukan apabila tiba waktu rehat. Ada juga yang tidak berpuasa, tetapi telah diajar dan diingatkan oleh ibu bapa mereka untuk menghormati rakan-rakan mereka yang berpuasa.

 

Sudah seminggu juga anak-anak murid memulakan sesi persekolahan semula.  Tetapi nampak gayanya tak semua murid dan guru bersemangat untuk kembali semua ke sekolah. Senang cerita badan di tadika, tetapi hati masih dalam mood raya. Mana tak nya, ada murid yang hadir ke tadika memakai baju raya. Bersemangat sungguh! Sabar ye dik, memang akan kita adakan sambutan hari raya di tadika.

Cerita seterusnya sila klik DISINI

Video sambutan hari raya sila klik DISINI

LAST_UPDATED2

You are here Home