API!! API!!

  • PDF

API!! API!! CEPAT SELAMATKAN DIRI!

Untuk makluman para ibu bapa, beberapa tadika kami sebelum ini pernah dilanda musibah, antaranya kes pecah masuk dan juga banjir kilat. Alhamdulillah, ketika kedua-dua musibah ini berlaku, tiada anak murid di tadika. Ini membuatkan kami terfikir, bagaimana sekiranya berlaku musibah ketika anak-anak murid berada di dalam tadika? Bolehkah para guru mengawal situasi dengan keadaan anak-anak murid yang ramai dan juga suasana yang pastinya kelam kabut? Oleh kerana itu, kami mengambil langkah untuk melatih bukan sahaja anak-anak murid, tetapi juga diri kami sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini di tadika.

 

Latihan kebakaran. Ini adalah latihan pertama yang kami adakan untuk memberi pendedahan kepada warga MyBistari sekiranya perkara ini berlaku. Secara teorinya sudah ada kami laksanakan, di setiap tadika kami ada pelan kebakaran, tangga kecemasan ada disediakan dan juga alat pemadam api yang saban tahun kami perbaharui, tetapi belum pernah melakukan latihan praktikal.

Cerita seterusnya sila klik DISINI

LAST_UPDATED2

You are here Home