HELLO KITTY MEMANGGIL LAGI

  • PDF

HELLO KITTY MEMANGGIL LAGI

Alhamdulillah.. selesai sudah segala acara lawatan bersama murid-murid K2, kini giliran murid-murid K1 pula yang akan merasa keseronokan lawatan. Jika murid-murid K2 kami bawa ke tempat yang terbuka, bagi murid-murid K1 pula kami bawa ke tempat yang tertutup dan lebih ketat jagaannya dengan harapan agar mudah kami kendalikan mereka dan dalam masa yang sama pihak anak-anak murid dan guru turut rasa terhibur.

Seperti yang telahpun kami adakan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, murid-murid K1 akan kami bawa ke Sanrio Hello Kitty Town. Walaupun jumlah penyertaan agak ramai, tetapi jangan risau, anak-anak murid tidak akan berebut untuk menikmati permainan dan aktiviti yang ada di sana kerana perancangan yang teliti sudah pun kami aturkan. Murid-murid dan guru-guru penjaga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pergerakkan setiap kumpulan itu juga kami sudah tetapkan. Sanrio Hello Kitty Town yang tiga tingkat ini Insyaallah cukup ruang untuk semua merasai keseronokkannya.

Cerita seterusnya sila klik DISINI
Video lawatan ke Hello Kitty pada tahun 2017

LAST_UPDATED2

You are here Home