2018 CERITA KAMI DI HELLO KITTY TOWN

  • PDF

CERITA KAMI DI HELLO KITTY TOWN

Seperti yang telahpun kami adakan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, murid-murid K1 akan kami bawa ke Sanrio Hello Kitty Town. Walaupun jumlah penyertaan agak ramai, tetapi jangan risau, anak-anak murid tidak akan berebut untuk menikmati permainan dan aktiviti yang ada di sana kerana perancangan yang teliti sudah pun kami aturkan. Murid-murid dan guru-guru penjaga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pergerakkan setiap kumpulan itu juga kami sudah tetapkan. Sanrio Hello Kitty Town yang tiga tingkat ini Insyaallah cukup ruang untuk semua merasai keseronokkannya.

Walaupun mungkin ada diantara mereka yang telah pergi beberapa kali dengan keluarga, tetapi nikmat pergi dengan kawan-kawan dan guru lain rasanya. Tahun lepas, walaupun ada guru yang kami aturkan untuk mengetuai aktiviti di tingkat tertentu, ada juga murid yang lebih arif dengan selok belok Hello Kitty Town ini. Siap ada yang beritahu,

 

“Cikgu.. nak masuk ke dalam tempat mainan ni ada masanya lah cikgu.. bukan boleh masuk suka hati aje macam yang lain-lain..” huhu.. alamak.. kena tunggu waktu yang ditetapkan pula.

Cerita seterusnya sila klik DISINI
Video himpunan gambar di HELLO KITTY

LAST_UPDATED2

You are here Home