JOM MENGEMBARA LAGI

  • PDF

JOM MENGEMBARA LAGI

Antara bulan yang paling sibuk bagi kami warga MyBistari Group adalah bulan Februari. Untuk  bulan yang paling sedikit harinya inilah beberapa aktiviti dijalankan, antaranya permulaan bagi aktiviti renang di semua cawangan MyBistari Group, permulaan worksheet, program pergigian bersama Kodomo Lion dan juga lawatan sambil belajar bagi murid K2. Setiap satu dari aktiviti itu memerlukan perhatian yang baik dari guru-guru. Kami di bahagian pengurusan juga tak kurang sibuknya, menyiapkan worksheet, menyedia dan mengagihkan cenderahati dari pihak Kodomo Lion dan yang paling penting sekali menyediakan segala kelengkapan untuk lawatan murid K2.

 

Kali ini sekali lagi, pihak tadika akan mengadakan lawatan ke Tanjung Balau dan juga Ladang Burung Unta. Jangan risau ya ibu bapa, namanya sahaja ke Tanjung Balau, tetapi tiada aktiviti turun ke laut, kami cuma akan bermain sukan sahaja di sana. Menggunakan kelebihan yang sedia ada di kawasan pantai Tanjung Balau untuk beriadah memandangkan kawasannya yang luas dan berangin, amat sesuai untuk beraktiviti.

Cerita seterusnya sila klik DISINI

LAST_UPDATED2

You are here Home