2017 HARI JALINAN KASIH SEMESTER 2

  • PDF

2017 HARI JALINAN KASIH SEMESTER 2

Maaf dari pihak kami sekiranya ada jawapan dari guru-guru kami yang kurang memuaskan hati para ibu bapa. Terus terang, sebagaimana gementarnya ibu bapa hendakĀ  lihat pencapaian anak-anak, begitu jugalah gementarnya para guru kami untuk berhadapan dan menjawab segala persoalan yang ibubapa sediakan untuk mereka. Kami guru-guru lama pun masih ada rasa gementar tu. Bukan mudah untuk memberi penjelasan kepada para ibu bapa sekiranya apa yang mereka harapkan tidak tercapai. Ada di antara para ibubapa yang secara terus memarahi anak-anak di hadapan guru apabila prestasinya kurang memuaskan. Ibu, ayah.. anak juga ada rasa malu dan maruah mereka sendiri, kalau nak marah, tunggulah sehingga berada di dalam kereta ataupun di rumah. Kami di sini juga sebolehnya mahu menggilap segala potensi yang ada pada anak-anak yang diamanahkan kepada kami. Mungkin ada murid yang kurang menyerlah dalam bidang akademik, tetapi dari segi pengurusan diri dan bersosial, ada peningkatannya. Cuba kita sama-sama cari sisi positif dalam diri anak-anak kita ya.

Cerita seterusnya sila klik DISINI

LAST_UPDATED2

You are here Home