PERTANDINGAN UJI MINDA 2016

  • PDF

PERTANDINGAN UJI MINDA 2016

 

 

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga salah satu acara besar tahunan Mybistari Group, iaitu Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego 2016.

Agak terkejar-kejar juga masanya kerana acara ini selalunya dijalankan pada semester 2. Bukan setakat kami, pekerja belakang tabir sahaja yang berpeluh bertungkus lumus bekerja untuk menjayakan acara ini, pihak guru-guru dan ibubapa juga sama. Latihan murid diadakan setiap hari, setiap masa yang terluang guru-guru akan gunakan untuk mengasah kepintaran murid-murid yang terpilih. Terhibur juga kami disini, melihat murid-murid membina lego dengan bimbingan guru-guru. Tak kurang juga yang gigih melatih peserta bercerita. Habis dibawa murid keliling tadika, dari kelas ke kelas diminta bercerita, bukan apa, supaya murid hilang rasa malu dan tidak kaku nanti di atas pentas.

LAST_UPDATED2

You are here Program & Aktiviti Aktiviti Pertandingan Ujiminda, Lego & Bercerita