SELAMAT DATANG KE MyBISTARI GROUP

KAMI YAKIN BOLEH!

06-Sep-2019

KAMI MENYAHUT PANGGILANMU YA ALLAH

27-Aug-2019

2019 PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA DAN LEGO

25-Aug-2019

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK

01-Aug-2019


Image News
KAMI YAKIN BOLEH!
06-Sep-2019

Seperti yang semua sedia maklum, kita sudahpun berada di pertengahan semester 2 sesi 2019. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Bagi para ibu bapa dan penjaga yang sudah beberapa tahun bersama kami, pastinya tahu akan sedikit perubahan yang kami adakan untuk semester 2 kali ini. Kali ini, bagi semester 2, kelas 5 Bistari ditiadakan. Murid-murid hanya akan dipilih untuk naik ke kelas 6 Bistari pada awal semester tahun hadapan.

Bagi murid 6 Bistari tahun ini juga ada sedikit perubahan d .... Selanjutnya


Image News
KAMI MENYAHUT PANGGILANMU YA ALLAH
27-Aug-2019

“Sempat ke? Muat ke? Cukup ke?” antara persoalan yang berlegar difikiran kami, tenaga kerja MyBistari Group bila membincangkan hal Simulasi Haji Cilik 2019 yang akan berlangsung kurang seminggu dari Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego.

Alhamdulillah, jika niat kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh anak-anak murid, Allah permudahkan segalanya. Setiap persoalan kami itu Dia berikan jawapan dan pertolongan.

.... Selanjutnya


Image News
2019 PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA DAN LEGO
25-Aug-2019

Alhamdulillah, untuk bulan Julai dan Ogos tahun ini program dengan murid sudahpun selesai dengan jayanya. Pada mulanya kami agak bimbang juga kerana antara dua program ini jaraknya amat dekat sekali. Satu di akhir bulan Julai dan satu lagi di awal bulan Ogos, di tambah pula dengan cuti.  Tetapi berkat dedikasi dan sokongan para guru dan ibubapa, dan juga keizinan dipermudahkan urusan olehNya, hari ini kami semua dapat menarik nafas lega, tenang sebentar sebelum memikirkan program yang se .... Selanjutnya


Image News
LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK
01-Aug-2019

“Labbaiki Allahumma Labbaik..”

Semakin hari semakin kerap kedengaran laungan ini di tadika-tadika kami. Sayu dan teruja apabila mendengar laungan ini dari anak-anak didikan kami. Jika minggu yang terdahulu  di beberapa tadika kami sibuk dengan latihan menari, kali ini semua tadika kami sibuk dengan latihan untuk program seterusnya, Simulasi Haji Cillik 2019.

“Kami nak naik haji cikgu!” seronok kedengaran suara murid apabila selesai bertalbiah.

.... Selanjutnya


Image News
PERTANDINGAN UJI MINDA, KAMI DAH SEDIA NI!
18-Jul-2019

“Siapa PM Malaysia?” soal seorang daripada tiga murid yang duduk di ruang menunggu tadika.

Saya yang turut berada di situ, sedang mengemas kelengkapan fotografi memasang telinga sahaja, tidak mahu mengganggu perbualan mereka.

“Yang pm, pm tepi tu ya? Orang jual barang lah kan?” salah seorang dari mereka menyoal semula.

“Bukanlah, semalam kan cikgu ada tanya siapa PM.. PM tu Perdana Menteri.”

Kali ini saya ikut ketawa apabila .... Selanjutnya


Image News
SAY CHEESE!!
14-Jul-2019

Alhamdulillah, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa selepas untuk kali keduanya kita bercuti akibat pencemaran udara/ kimia di Pasir Gudang. Tetapi diharap pihak ibubapa tetap memantau kesihatan anak-anak kerana kita tidak tahu sama ada keadaan persekitaran di luar sana sebenarnya sudah kembali pulih atau tidak. Di tadika, aktiviti yang telah kami tetapkan sebelum ini, kami jalankan seperti biasa. Bagi cawangan-cawangan yang masih belum menjalani sesi fotografi semester 2, masing-masing .... Selanjutnya


Image News
SATU.. DUA.. SENYUM!!
02-Jul-2019

Memandangkan sesi fotografi untuk semester 2 ini akan mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan semester 1, kerana murid-murid 6 tahun akan dipakaikan dengan jubah dan topi graduasi, kami peruntukkan sehari satu cawangan. Minggu yang pertama adalah giliran TPB Taman Kota Masai, Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Inovasi Bestari, dan TPB Taman Mawar.

“Cikgu, lepas ni kita orang pula ya yang pakai baju biru besar  tu?” soal seorang murid di TPB Kota Masai apabil .... Selanjutnya


Image News
BALIK KAMPUNG
03-Jun-2019

“Cikgu, kita puasa separuh-separuh, tapi raya tak payah separuh-separuh kan?” soal seorang murid apabila ditanya sama ada berpuasa atau pun tidak.

“Ala.. tak aci lah macam tu.. kerja nak separuh tapi nak upah penuh..” balasku.

Sempat dia menyengih panjang sebelum berlari masuk semula ke dalam kelas.

 

“Cikgu.. rumah kita masa puasa pertama dah sambut raya,” cerita seorang murid pula.

“Macam mana tu?” soalku.

“Buka puasa pertam .... Selanjutnya


Image News
SESI PENERANGAN BACALAH ANAKKU DAN SEMPOA 2019
28-Jan-2019

 

Berbanding dengan tahun-tahun yang terdahulu, jumlah ibu bapa yang turut serta dalam kedua-dua sesi penerangan ini kurang menggalakkan. Agak terkejut juga kami apabila dari jumlah anak murid 6 tahun kami yang ramai, penyertaan yang kami perolehi hanyalah 20 peserta, bersangka baik, mungkin tarikh yang kami pilih itu bertembung dengan urusan- urusan ibu bapa yang lain. Bagi sesi Bacalah Anakku, Alhamdulillah penyertaan agak ramai juga walaupun jumlah penyertaan kurang berbanding .... Selanjutnya


Image News
CEPAT, LARI SELAMATKAN DIRI!!
13-Jan-2019

“Api!!”

“Api!!”

Dengar sahaja laungan ini, bukan sahaja anak-anak murid yang jadi kelam kabut, para guru juga ikut sama tak tentu arah dibuatnya. Masing-masing bimbangkan keselamatan anak-anak murid dan diri sendiri. Bayangkan kalau perkara ini benar-benar berlaku, apa yang perlu dilakukan?

Oleh kerana itu, antara aktiviti awal yang kami lakukan apabila bermulanya sesi persekolahan yang baru adalah latihan kebakaran. Sebelum aktiviti ini dijalan .... Selanjutnya


Image Banner